Perlindungan tambahan untuk banjir atau bencana alam
Percuma towing 24 jam
Percuma bantuan tepi jalan 24 jam
Kelulusan segera
Proses tuntutan yang mudah dan cepat
Panel workshop seluruh Malaysia
Sesuai untuk bukan warganegara juga
Juga sesuai untuk kegunaan e-hailing atau p-hailing
Dapatkan Sebutharga PERCUMA
Isikan maklumat yang diperlukan di bawah untuk kami kirakan sebutharga
"*" indicates required fields
Turut menyediakan perlindungan
Travel Takaful
Pastikan anda dilindungi ketika melancong sama ada dalam negara atau luar negara sepanjang perjalanan pergi sehingga balik. Isikan borang di bawah untuk dapatkan sebutharga:
Perlindungan kelewatan perjalanan (flight delay)
Perlindungan kerosakan barangan peribadi
Kelewatan bagasi
Kematian atau hilang upaya kekal
Banyak lagi
Dapatkan Sebutharga PERCUMA
Isikan maklumat yang diperlukan di bawah untuk kami kirakan sebutharga
"*" indicates required fields
Apa yang kami boleh bantu
PERKHIDMATAN KAMI
Takaful & RoadTax Renewal
Perkhidmatan memperbaharui takaful dan road tax kenderaan anda, khususnya kereta dan motorsikal. Dapatkan sebutharga hari ini
Pergi travel sama ada domestik atau antarabangsa dengan lebih tenang apabila diri dilindungi oleh pelan perlindungan untuk melancong / travel. Dapatkan sebutharga hari ini!
Perlindungan untuk kontraktor, pemaju dan pekerja untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam ayng diberikan kepada mereka
Bagaimanakah caranya untuk saya perbaharui insurans kenderaan dan roadtax saya di PanduSecure.com?
Mudah sahaja! Anda hanya perlu berikan beberapa maklumat kepada kami melalui borang yang disediakan atau terus klik button whatsapp. Kemudian, kami akan berikan sebutharga yang bersesuaian dengan kenderaan anda. Anda boleh pilih syarikat takaful yang diingini dan buat pembayaran kepada kami untuk aktifkannya
Sebutharga dari syarikat takaful yang manakah saya boleh dapatkan?
Takaful Ikhlas
Etiqa General Takaful
Apakah kaedah pembayaran yang ada?
FPX (online banking)
Credit Card (Visa / Mastercard)
e-wallets (Touch N Go, Setel, Boost, ShopeePay, GrabPay)
BuyNow, PayLater (SPayLater, PayLater by Grab, Atome, Boost PayFlex)
Bolehkah saya perbaharui roadtax saya jika saya mempunyai saman trafik dan saman JPJ yang tertunggak dan banyak?
Ketika proses pembaharuan, servis dalam talian JPJ akan membuat semakan saman yang tertunggak ataupun senarai hitam yang telah direkodkan di kedua-dua pangkalan data JPJ dan PDRM. Bagi meneruskan proses pembaharuan roadtax, anda perlu membayar semua saman tertunggak yang telah direkodkan terlebih dahulu.
Bolehkah saya dapatkan bayaran balik?
Bergantung kepada alasan kenapa bayaran balik diperlukan dan ia akan diproses dalam masa 1-5 hari bekerja.
Adakah saya akan menerima resit selepas selesai pembayaran?
Ya. Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan e-resit sebagai rujukan. Sila simpan resit tersebut bagi tujuan rujukan pada masa depan.
Siapakah yang saya boleh hubungi untuk bantuan?
Boleh hubungi kami di:
Whatsapp: 01115017847
Email: meorarif27@gmail.com
Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan jika berlaku sebarang kerosakan pada motor atau kereta saya?
Untuk mengemukakan tuntutan insurans kereta, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1:
Hubungi kami di +601115017847 untuk mendapatkan bantuan profesional mengenai tuntutan anda, dari kami.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi talian hotline syarikat takaful anda yang disenaraikan di bawah:
Takaful Ikhlas: 1-800-88-1186
Etiqa General Takaful: 1-800-88-6491 / aplikasi Etiqa+
Langkah 2:
Berikan semua butir-butir dan dokumen berkaitan dengan kejadian, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan kejadian, gambar, dan maklumat lain yang diminta.
Langkah 3:
Pihak insurans akan menilai tuntutan dengan segera dan mengesyorkan bengkel panel yang bersesuaian dan berdekatan dan seterusnya meluluskan tuntutan.
Apakah jenis takaful kenderaan yang ada di Malaysia?
Terdapat dua jenis utama iaitu Komprehensif atau Pihak Ketiga. Sijil komprehensif melindungi kenderaan anda dan pihak lain, manakala pihak ketiga hanya melindungi kerosakan kepada pihak lain.
Apa beza takaful komprehensif dan pihak ketiga?
Takaful 1st party (atau komprehensif) memberikan perlindungan penuh kepada anda dan juga pihak ketiga. Ini termasuk kemalangan, kebakaran, dan kecurian. Jika anda terlibat dalam kemalangan atau kereta anda hilang, anda boleh buat tuntutan kepada syarikat insurans anda. Malah, jika kemalangan itu disebabkan oleh anda dan melibatkan kenderaan lain, pihak ketiga juga boleh buat tuntutan melalui polisi anda.
Manakala takaful 3rd party (atau pihak ketiga) hanya melindungi pihak ketiga iaitu orang lain, bukan anda. Kalau anda langgar kereta orang di lebuh raya secara tak sengaja, syarikat insurans akan bayar ganti rugi kepada mangsa. Tapi kerosakan pada kereta anda sendiri perlu ditanggung sendiri kerana ia tidak dilindungi.
Bolehkah saya perbaharui takaful kenderaan lebih awal sebelum tarikh tamat?
Ya, anda boleh renew takaful lebih awal, iaitu seawal 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Apabila anda memperbaharui insurans lebih awal, ia tidak akan menjejaskan insurans sedia ada. Takaful semasa akan kekal aktif sehingga tarikh luputnya, manakala polisi insurans baru yang anda perbaharui hanya akan bermula selepas polisi semasa tamat.
Bagaimana untuk semak tarikh luput takaful kenderaan saya?
Anda boleh semak melalui MyCarInfo, sistem JPJ atau melalui syarikat insurans anda.
Apa itu NCD (No Claim Discount)?
NCD ialah diskaun yang diberi kepada pemandu yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh perlindungan insurans mereka.
Perlu buat PUSPAKOM untuk renew roadtax?
Hanya jika roadtax tamat lebih dari setahun atau ada perubahan pada struktur kenderaan.
Bagaimana nak tahu roadtax saya dah aktif?
Semakan boleh dibuat di aplikasi MYJPJ atau kami akan maklumkan kepada anda.
Apa beza antara roadtax fizikal dan digital?
Roadtax fizikal ialah pelekat bercetak yang dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan sebagai bukti cukai jalan telah dibayar. Manakala roadtax digital pula adalah bukti dalam talian yang disahkan melalui sistem JPJ dan tiada pelekat fizikal diperlukan.
Adakah saya akan dapat salinan fizikal polisi dan roadtax?
Ya. Polisi dihantar melalui email atau whatsapp anda dan roadtax boleh dipilih versi digital atau penghantaran fizikal.
Apa perlu buat selepas kemalangan kecil?
Ambil gambar, tukar maklumat dengan pihak terlibat, buat laporan polis dalam 24 jam, dan hubungi syarikat insurans.
Boleh buat tuntutan cermin depan tanpa hilang NCD?
Ya, jika anda ada ambil add-on perlindungan cermin depan.
Bagaimana untuk tuntut kerosakan akibat banjir?
Hanya boleh jika anda tambah perlindungan bencana alam. Laporan polis dan bukti kerosakan diperlukan.